AIR SELANGOR BANTU INDIVIDU HILANG PEKERJAAN MENJADI TUKANG PAIP BERTAULIAH SEMASA PANDEMIK COVID-19

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini telah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta kumpulan pertama yang telah berjaya mengikuti Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip. Peserta yang terpilih ini terdiri daripada individu yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

 

Ini merupakan inisiatif kedua di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara untuk membantu individu yang memerlukan, seterusnya menyuntik semangat komuniti akar umbi untuk terus maju ke hadapan terutama dalam waktu yang mencabar semasa pandemik COVID-19 ini.

 

Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip telah dilancarkan oleh Air Selangor dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) pada bulan Ogos 2020 yang mana ia merupakan usaha dan komitmen berterusan Air Selangor untuk membuka peluang kerjaya baharu seterusnya menjana pendapatan dalam bidang perkhidmatan dan pembaikan utiliti air.

 

Kumpulan pertama seramai 12 orang peserta dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya menjalani kursus latihan selama 5 hari yang merangkumi pembelajaran secara teori sebanyak 25% dan praktikal sebanyak 75% sejak Isnin, 8 Mac 2021 yang lalu. Mereka telah menerima Sijil Pencapaian ABM dan Kad Hijau daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengiktiraf kemahiran mereka. Selain daripada itu, peserta-peserta turut menerima sebuah kotak alat perkakas (Toolbox) yang boleh digunakan semasa mereka menjalankan tugas mereka.

 

Air Selangor masih membuka pendaftaran bagi Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip kepada individu yang berminat terutama individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19. Borang pendaftaran untuk ini juga boleh dimuat turun dari laman sesawang Air Selangor. Salinan fizikal borang pendaftaran juga boleh di dapati di 10 kaunter perkhidmatan pelanggan Air Selangor.

 

Selain daripada itu, di bawah Program Sesama Mara, inisiatif ‘Box of Hope’ Air Selangor juga akan diteruskan melalui platform akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 bagi membolehkan orang ramai untuk terus menghulurkan sumbangan ikhlas. Ini selaras dengan usaha untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 yang mana orang ramai boleh menderma secara dalam talian tanpa perlu meninggalkan rumah.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Tanggungjawab Sosial Korporat Air Selangor, sila layari www.airselangor.com/about-us/sesama-mara.

 

 

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Rangkul Syarikat Terbaik Anugerah Kelestarian dan Tang...
Siaran

19 Julai 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik dalam …

default
Air Selangor Lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Ekse...
Siaran

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkan pelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai …

default
Air Selangor Terbit Laporan Kelestarian Buat Tahun Keempat, Kekal P...
Media

27 Jun 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penyedia perkhidmatan air terbesar Malaysia menerbitkan …