Kepimpinan

Pengurusan

Ir. Abas Abdullah

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Ir. Abas Abdullah telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Januari 2023. Beliau mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam industri air.

Ir. Abas berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Strathclyde, United Kingdom dan beliau juga merupakan Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Ir. Abas pernah berkhidmat selaku Jurutera Air di Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) dari tahun 1983 hingga 1998. Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai jawatan telah dipikul dari segi pengeluaran, pengedaran, reka bentuk dan perancangan air, pengurusan pengguna dan juga sebagai Jurutera Air Daerah.

Ir. Abas pernah memegang jawatan selaras Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan dan Projek Premier Ayer Sdn. Bhd. dari November 1998 hingga Februari 2000. Dari Mac 2000 hingga September 2015, beliau telah memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi Konsortium ABASS Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor yang merupakan syarikat tersenarai awam milikan Kerajaan Negeri Selangor.

Ir. Abas juga merupakan Anggota Penasihat Air Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2012 hingga 2015.

Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner

Pemangku Pengarah/Ketua Operasi dan Ketua Perancangan & Kerja-Kerja Kapital

Buka paparan

Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner telah dilantik sebagai Ketua Perancangan dan Kerja-kerja Kapital bagi Air Selangor pada 1 Januari 2018.  Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam industri air.

Ir. Ainul berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari California State University, Fresno, California pada tahun 1990, dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UiTM – Cardiff Business School pada tahun 2001.

Ainul memulakan kerjaya dengan Jabatan Pengangkutan California (Caltrans) dan kemudian sebagai Jurutera Kanan, Jabatan Pengurusan Penyelenggaraan PLUS Berhad dari tahun 1993 hingga 2000 sekembalinya beliau ke tanah air. Sebelum berkhidmat dengan Air Selangor,  beliau merupakan Jurutera Kanan 1 bagi Perkhidmatan Teknikal di Perunding Antarabangsa OPUS dari tahun 2000 hingga 2001.

Tutup paparan

Kelvin Siew Weng Hoe

Pemangku Pengarah/Ketua Operasi dan Ketua Pengagihan

Buka paparan

Kelvin Siew Weng Hoe telah dilantik sebagai Ketua Pengagihan pada 1 Ogos 2016 sejak mula berkhidmat dengan syarikat ini pada 3 Mei 2005. Beliau memiliki lebih 21 tahun pengalaman dalam industri air; khususnya dalam bidang pengagihan air and air tidak berhasil (non-revenue water – NRW).

Kelvin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1999 dan telah berkecimpung dalam industri air sejak daripada itu.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan sepanjang 16 tahun berkhidmat di syarikat ini. Beliau memulakan kerjayanya dalam Air Selangor sebagai Pengurus Teknikal bagi Wilayah Petaling pada tahun 2005. Kemudian, beliau dipinjamkan ke ibupejabat sebagai Pengurus NRW pada tahun 2008, dan setelah itu dilantik sebagai Ketua Seksyen Operasi dan Penyelenggaraan pada tahun 2011. Beliau seterusnya dilantik sebagai Ketua Wilayah Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan Ketua Wilayah Petaling pada tahun 2014. Kelvin merupakan Pengarah Eksekutif Jabatan NRW pada tahun 2015 sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Tutup paparan

Kevin Lee Shih-Min

Ketua Kewangan & Strategi

Buka paparan

Kevin Lee Shih-Min dilantik sebagai Ketua Kewangan dan Strategi pada 15 Februari 2015, dan mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan ekonomi.

Beliau memulakan kerjayanya dalam perbankan pelaburan di Amanah Merchant Bank dan kemudian berkhidmat dengan Danaharta.

Sepanjang tujuh tahun berkhidmat di Danaharta, beliau juga pernah dipinjamkan untuk bertugas di Kementerian Kewangan di mana beliau menasihati dan membantu dalam pelaksanaan pelbagai projek termasuk penubuhan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kemudian, beliau menyertai PAAB pada tahun 2007 sebagai Ketua Kewangan dan mengetuai pengstrukturan semula industri bekalan air di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebelum berkhidmat di Air Selangor, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Kumpulan bagi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

Kevin Lee berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics and Political Science dan berkelayakan sebagai Pemegang Piagam Penganalisis Kewangan Berkanun (Chartered Financial Analyst – CFA).

Tutup paparan

Ravindran Karupiah

Ketua Teknologi Maklumat

Buka paparan

Ravindran Karupiah telah dilantik sebagai Ketua Teknologi Maklumat pada 4 Februari 2015, dan mempunyai pengalaman lebih 32 tahun dalam bidang teknologi informasi.

Ravindran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1988.

Sebelum berkhidmat di Air Selangor, Ravindran merupakan Pengurus Besar di Jabatan Teknologi Maklumat Indah Water Konsortium Berhad dari tahun 1997 hingga 2015. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan dibeberapa organisasi sebelum ini sebagai Pengurus, Projek dan Perkhidmatan Khas di Digi Telecommunications Sdn Bhd dari tahun 1995 hingga 1997, sebagai Pengurus, Perkhidmatan Teknikal di Bass Consulting Sdn Bhd dari tahun 1990 hingga 1995. Ravindran juga merupakan Felo Penyelidik di Institut Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dari tahun 1988 hingga 1990.

Tutup paparan

Thavendran Loganathan

Ketua Pengurusan Risiko

Buka paparan

Thavendran Loganathan dilantik sebagai Ketua Pengurusan Risiko bagi Air Selangor pada  1 Januari 2019 dan telah berkhidmat dengan syarikat ini sejak 10 Oktober 2016. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang audit, pematuhan dan pengurusan risiko.

Thavendran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dengan pengkhususan dalam Audit dan Tadbir Urus pada tahun 2000 dari Universiti Putra Malaysia, dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2004 dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga merupakan Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant – CA) di Malaysia.

Sebelum berkhidmat dengan Air Selangor, Thavendran pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengurusan Risiko di Royal Bank of Canada (Malaysia) dari tahun 2013 hingga 2016. Beliau juga pernah memegang jawatan kanan lain antaranya sebagai Naib Presiden Audit Dalaman di Bank J.Safra Sarasin di Singapura dari tahun 2011 hingga 2013, dan sebagai Pengurus Kanan, Risiko Operasi di Hong Leong Bank, Malaysia dari tahun 2009 hingga 2011.

Tutup paparan

Aris Fadzillah Zulkifli

Ketua Audit Dalaman

Buka paparan

Aris Fadzillah Zulkifli telah dilantik sebagai Ketua Audit Dalaman bagi Air Selangor pada 7 Ogos 2017. Beliau mempunyai lebih 15 tahun pengalaman, terutamanya dalam bidang audit dalaman.

Aris berkelulusan Diploma Perakaunan pada tahun 1996, dana seterusnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 2002 dari Universiti Teknologi Mara.

Sebelum berkhidmant dengan Air Selangor, Aris pernah memegang jawatan Ketua Unit Air Asia Berhad dari tahun 2015 hingga 2017, dan sebagai Penolong Pengurus Besar di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dari tahun 2012 hingga 2015. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012.

Tutup paparan

Ir. Zairi Zainuddin

Ketua Kualiti Air

Buka paparan

Ir. Zairi Zainuddin telah dilantik sebagai Ketua Kualiti Air pada 1 Januari 2018. Beliau mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan kimia dan proses.

Ir. Zairi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1996. Beliau merupakan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia – BEM) dan Institusi Jurutera Malaysia (The Institution of Engineers Malaysia – IEM). Beliau juga merupakan ahli diiktiraf oleh Institusi Jurutera Kimia United Kingdom (The Institution of Chemical Engineers UK (IChemE)).

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Proses di syarikat Palm-Oleo Sdn Bhd dari tahun 1997 hingga 1999. Sebelum berkhidmat dengan Air Selangor, Ir. Zairi pernah memegang jawatan sebagai Jurutera Jualan Kimia di Peka Perdana Sdn Bhd dan kemudian sebagai Jurutera Proses di Natural Olochemicals Sdn Bhd pada tahun 2000.

Tutup paparan

Elina Baseri

Ketua Komunikasi Korporat

Buka paparan

Elina Baseri mula berkhidmat di Air Selangor pada 3 Februari 2020 dan dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat pada 1 Mei 2020. Beliau mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang komunikasi korporat and strategik, penjenamaan dan tanggungjawab korporat.

Elina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Michigan State University.

Sebelum berkhidmat dengan Air Selangor, Elina pernah memegang beberapa jawatan kanan di beberapa syarikat korporat. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dari tahun 2018 hingga 2020, dan sebagai Pengurus Besar Komunikasi Strategik di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dari tahun 2016 hingga 2018. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Komunikasi Korporat di Sapura Kencana Petroleum Berhad dari tahun 2011 hingga 2016. Sebelum itu, Elina juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Hal Ehwal Korporat di Maxis Berhad dari tahun 2009 hingga 2011, Pengurus Jenama di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari tahun 2008 hingga 2009, dan Pengurus Komunikasi Pemasaran di BERNAS dari tahun 2002 hingga 2008.

Tutup paparan

Abdul Halem Mat Som

Ketua Pengalaman Pelanggan

Buka paparan

Abdul Halem Mat Som dilantik sebagai Ketua Pengalaman Pelanggan pada 1 September 2020. Abdul Halem mempunyai lebih 32 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan acara, perfileman, pengiklanan, pengurusan pembuatan, perundingan dan latihan sumber manusia, komunikasi massa dan pelaburan modal.

Abdul Halem memperolehi Diploma Pentadbiran Awam pada tahun 1987, dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat pada tahun 1998 dari Universiti Teknologi Mara. Beliau memperolehi kelulusan Sijil Pengurusan Pembuatan dari Sanno Institute of Business Administration (SIBA) di Tokyo pada tahun 1990. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Alumni UiTM Pahang dan ahli jawatankuasa Yayasan Siswazah Malaysia.

Sebelum menyertai Air Selangor, Abdul Halem pernah berkhidmat di pelbagai syarikat multinasional termasuk Omron Malaysia Sdn Bhd dan Jami Swilynn Sdn Bhd. Beliau menyertai Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd pada tahun 2014. Beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan sebelum ini, antaranya sebagai Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, dan seterusnya dilantik sebagai Pengurus Besar jabatan tersebut pada Januari 2007. Beliau kemudian dilantik menjadi Pengarah Eksekutif di Jabatan Hal Ehwal Awam pada Januari 2010. Sebelum dilantik sebagai Ketua Perhubungan Pelanggan, Abdul Halem merupakan Ketua Seksyen Pembangunan dan Pembelajaran di Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran.

Tutup paparan

Ir. Azlan Abdullah

Ketua Pengeluaran

Buka paparan

Ir Azlan dilantik sebagai Ketua Pengeluaran Air Selangor pada 25 Oktober 2021. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Brown University, beliau merupakan seorang Profesional (lr.) dan juga seorang Jurutera Bertauliah dengan pengalaman lebih 22 tahun dalam pelbagai bidang dan industri.

Azlan memulakan kerjayanya di Tenaga Nasional Berhad yang mana beliau bertanggungjawab untuk menguruskan projek transmisi 500kV dan 275kV yang merupakan tulang belakang kepada sistem grid negara. Beliau kemudiannya beralih kerjaya ke SapuraKencana Petroleum Berhad dan telah melaksanakan pelbagai kerja-kerja Pengangkutan dan Pemasangan Luar Pesisir untuk pelanggan serantau juga antarabangsa.

Azlan kemudiannya berpindah ke UEM Group Berhad dan menjadi individu utama dalam memantau usaha Penyiapan dan Penyempurnaan Projek. Pada masa itu juga, Azlan telah menceburkan diri dalam bidang Latihan dan Pembangunan di UEM Group Berhad yang mana beliau telah membangunkan dan melaksanakan Rangka Kerja Kompetensi Teknikal untuk organisasi di samping mengetuai Pusat Pembangunan Kompetensi.

Azlan juga merupakan seorang pelatih bertauliah bagi Kompetensi Kepimpinan dan Pengurusan Bakat di Malaysia Airlines Groups. Beliau juga berperanan sebagai penasihat teknikal untuk Human Capital Business Partners (HCBPs) dan Ketua-ketua Jabatan dalam memastikan latihan yang tepat diutamakan mengikut keperluan perniagaan.

Di Air Selangor, beliau juga mengetuai projek-projek berkaitan Produktiviti & Kecekapan selain menjadi penasihat projek ’Big Data Analytics’ yang merupakan salah satu asas inisiatif strategik dan pemacu pendigitalan Air Selangor.

Tutup paparan

Ir. Ts. Ahmad Fuad Zainudin

Ketua Perkhidmatan Operasi

Buka paparan

Ir. Ts. Ahmad Fuad Zainudin dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Operasi pada 1 Julai 2022, dan mempunyai pengalaman lebih 17 tahun dalam industri air, khususnya dalam pengurusan air dan rangkaian pengagihan air.

Ir. Ts. Ahmad Fuad berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2004. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Air dari UPM. Beliau merupakan jurutera profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM), serta ahli teknologi profesional yang berdaftar dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Beliau memulakan kerjayanya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada tahun 2005 dan pernah memegang pelbagai jawatan kanan. Dari tahun 2010 hingga 2016, beliau dilantik sebagai Ketua Wilayah bagi tiga wilayah berbeza iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang, Ir. Ts. Ahmad Fuad adalah Naib Presiden I Operasi Strategik untuk Air Selangor dari tahun 2016 hingga 2022.

Tutup paparan

Mimi Nazila Nasharudin

Ketua Perolehan

Buka paparan

Mimi Nazila Nasharudin dilantik sebagai Ketua Perolehan bagi Air Selangor pada 1 September 2022. Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang perolehan, terutamanya dalam industri minyak dan gas.

Mimi Nazila berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Drexel University, Pennsylvania, USA. Beliau juga merupakan juruaudit utama bertauliah untuk Sistem Pengurusan Bersepadu untuk ISO 9001, 14001 dan 45001.

Beliau memulakan perkembangan kerjayanya di Esso Production Malaysia dan Measat Broadcast Network. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang, Mimi Nazila merupakan Ketua OMS Pengurusan Rantaian Bekalan di Bumi Armada Navigation Sdn Bhd, di mana beliau menguruskan pasukan kakitangan di Kuala Lumpur, Kemaman, Labuan, Singapura, Rusia dan Turkmenistan. Terdahulu, beliau merupakan Ketua Pengurusan Rangkaian Bekalan Korporat di Sapura Kencana Petroleum Bhd.

Tutup paparan

Azida Halidin

Ketua Perkhidmatan Pengebilan Pelanggan

Buka paparan

Azida Halidin dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Pengebilan Pelanggan bagi Air Selangor pada 1 Ogos 2022. Beliau mempunyai lebih 19 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan audit.

Azida berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Cardiff Metropolitan University. Beliau merupakan Akauntan Bertauliah daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Akauntan Bertauliah daripada Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) United Kingdom.

Beliau memulakan perkembangan kerjayanya di Deloitte Malaysia dan Shell Malaysia. Sebelum dilantik ke jawatan sekarang, Azida pernah berkhidmat sebagai Pengurus Kanan Hasil dan Kutipan di Air Liquide Business Service Sdn Bhd yang bertanggungjawab mengendalikan hasil dan kutipan syarikat multinasional di negara-negara APAC. Terdahulu, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan/Ketua Perolehan di Belait Shipping Co (B) Sdn Bhd.

Tutup paparan

Asrina Shariff

Ketua Sumber Manusia

Buka paparan

Asrina Shariff dilantik sebagai Ketua Sumber Manusia bagi Air Selangor pada 1 Jun 2023, dan mempunyai lebih 32 tahun pengalaman dalam bidang sumber manusia.

Asrina berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan jurusan berganda dalam Ekonomi dan Sains Politik dari Flinders University di South Australia.

Sebelum berkhidmat dengan Air Selangor, Asrina pernah memegang pelbagai jawatan kanan di beberapa organisasi sebelum ini sebagai pakar, generalis dan peranan kepimpinan dalam pelbagai industri seperti fast-moving consumer goods (FMCG), logistik, pembangunan hartanah, insurans, penyelesaian tenaga kerja, perundingan dan makanan runcit. Beliau mempunyai lebih 24 tahun pengalaman dalam syarikat multinasional dan lebih lapan tahun pengalaman berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pemegangan pelaburan dan syarikat swasta.

Tutup paparan