Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd terdiri daripada tujuh ahli dan bertanggungjawab untuk mengawasi pengurusan dan operasi Air Selangor, serta mengkaji semula prestasi syarikat dalam usaha melaksanakan mandatnya.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Pengerusi / Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari (YAB Dato’ Seri Amirudin) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

YAB Dato’ Seri Amirudin merupakan Dato’ Menteri Besar Selangor dan merupakan ahli lembaga pengarah serta memegang beberapa jawatan di beberapa syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Air Selangor Holdings Berhad, Darul Ehsan Investment Group Berhad, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor dan Invest Selangor Berhad.

YB Tuan Ir Izham Hashim

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

YB Tuan Ir Izham Hashim (YB Tuan Ir Izham) berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom.

YB Tuan Ir Izham merupakan ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan lain di beberapa syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Lembaga Urus Air Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Tutup paparan

YB Dato’ Hj Haris Hj Kasim

Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

YB Dato’ Hj Haris Hj Kasim (YB Dato’ Hj Haris) berkelulusan Ijazah Pentadbiran Awam dalam Sains Sosial dari Universiti Malaya.

YB Dato’ Hj Haris dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam selama dua tahun, dari 2020 hingga 2021. Beliau kini merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Terdahulu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Tutup paparan

YBhg Dato’ Teo Yen Hua

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

YBhg Dato’ Teo Yen Hua (YBhg Dato’ Teo) berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dengan Sijil Lanjutan dalam Perniagaan Antarabangsa dari New Hampshire College, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya.

YBhg Dato’ Teo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang pertama bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), jawatan yang beliau sandang dari Mac 2007 hingga Ogos 2014.

Tutup paparan

Marina Yong Poh Nyuk

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

Marina Yong Poh Nyuk (Marina Yong) berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Biological Oceanography dari University of Washington, Seattle dan Ijazah Sarjana Muda Sains, Sains dan Biologi Marin dari University of Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Marina Yong adalah salah seorang Lembaga Gabenor Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan merupakan ahli lembaga pengarah Sustainability Momentum Sdn Bhd dan Proforest Sdn Bhd.

Tutup paparan

Haslina Mansor

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

Haslina Mansor (Haslina) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (LLB) Kepujian dari Universiti Malaya.

Haslina merupakan Pengerusi Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, Kementerian Kewangan, dari 2020 sehingga sebelum persaraannya pada Oktober 2021. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri dari 2018 hingga 2020. Terdahulu, beliau telah menyandang pelbagai jawatan kanan, antaranya sebagai Pengarah Peperiksaan Sijil Amalan Undang-undang (CLP) di Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang dari 2016 hingga 2018, sebagai Ketua Pengarah Insolvensi dari 2014 hingga 2016 dan Ketua Bahagian Perundangan di Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri dari 2006 hingga 2010.

Beliau memulakan kerjaya undang-undang sebagai penasihat undang-undang kerajaan yang berkhidmat di pelbagai Kementerian melibatkan sektor penyiaran, sektor kesihatan, perkhidmatan keselamatan sosial, perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Tutup paparan

Vilashini V. Ganespathy

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

Vilashini V. Ganespathy (Vilashini) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian), pengkhususan dalam Perakaunan dari Queen's University of Belfast, United Kingdom dan Juruaudit Dalaman Bertauliah (CIA). Beliau adalah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan ahli bersekutu Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM).

Vilashini kini bersama ACCA yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pelaksanaan berbagai inisiatif pembangunan teknikal dan profesional untuk akauntan di Malaysia dan rantau ini. Dalam menjalankan tugasnya, Vilashini telah mewakili ACCA dalam pelbagai panel penasihat industri, meja bulat dan pasukan petugas yang diketuai pengawal selia dalam bidang Pelaporan Bersepadu, Kemampanan & Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), Tadbir Urus dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia.

Sebelum menyertai ACCA, beliau adalah Ketua Kewangan untuk pelbagai syarikat dalam perniagaan automotif, penjagaan kesihatan dan teknologi. Beliau memulakan kerjayanya dengan salah satu firma perakaunan ‘Big Four’ selama enam tahun melakukan audit dan khidmat nasihat perniagaan membabitkan ruang lingkup yang luas untuk pelanggan-pelanggan Malaysia dan multinasional.

Tutup paparan

Ir Hj Nishad Mohamed bin Hj C J Mohamed Shaffy

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Buka paparan

Ir Hj Nishad Mohamed bin Hj C J Mohamed Shaffy (Ir Hj Nishad) berkelulusan Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Awam dari University of Colorado Denver dan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam dari South Dakota State University, Amerika Syarikat.

Ir Hj Nishad pakar dalam Sumber Air dan Hidrologi dan memegang pelbagai jawatan kanan di Jabatan Pengairan dan Saliran yang seterusnya menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) dari Februari 2020 hingga Mei 2021, jawatan terakhir yang telah disandang oleh beliau sebelum bersara dari perkhidmatan awam pada 2021.

Ir Hj Nishad telah menerima pelbagai anugerah daripada Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas khidmat baktinya selama bertahun-tahun. Beliau juga telah mencapai pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa, paling ketara kerja beliau dalam MyCDNET National Forum @ Research Management and Innovation Complex dan United Konvensyen Rangka Kerja Negara berkaitan Perubahan Iklim (UNFCCC) – Persidangan Parti Ke-22 (COP22) (Topik: Rancangan Tebatan Banjir).

Tutup paparan