4 LOJI RAWATAN AIR TELAH BEROPERASI SEMULA (5 September 2020, 8:00 pagi)

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam, 4 September 2020 secara berperingkat-peringkat. Keempat-empat LRA ini  mengambil masa selama 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA supaya dapat beroperasi sepenuhnya bagi mengisi kolam imbangan sehingga ke paras 4 meter yang dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini, 5 September 2020 sebelum dapat diagihkan kepada para pengguna. Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu. Ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.

 

Air Selangor juga terus melaksanakan pelepasan air mentah dari Empangan Sg. Selangor sebanyak 500 juta liter sehari (JLH), Empangan Sg Tinggi sebanyak 800 JLH, HORAS 600 sebanyak 150 JLH dan operasi pengepaman kolam air pula sebanyak 582 JLH untuk membantu proses pemulihan sumber air mentah bagi keempat-empat LRA yang kini sedang beroperasi merawat air dengan kapasiti maksimum sebanyak 2,850 JLH. 

 

Dalam pada itu, Air Selangor telah mendapat bantuan 9 lori tangki daripada operator air negeri lain seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd ( SAJ) untuk membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas. Bantuan bekalan air kecemasan yang telah dilaksanakan oleh Air Selangor sehingga kini adalah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk 9 dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas. 

 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.    

 

 

– TAMAT –

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …